Suzuka (manga)
Suzuka (manga)

Suzuka (manga)

Suzuka (涼風) ialah sebuah siri manga Jepun hasil karya Seo Kouji. Manga ini ialah sebuah manga percintaan berpandukan-watak yang menggunakan olahraga sebagai plot sampingan. Cerita ini lebih tertumpu pada kehidupan seorang remaja, Yamato Akitsuki, yang pindah ke Tokyo untuk mengubah dirinya, dan cintanya dengan Suzuka Asahina, seorang atlet lompat tinggi berbakat yang tinggal di rumah mak cik Yamato dan sekolah yang sama.Suzuka disirikan di majalah Weekly Shōnen Magazine diterbitkan oleh Kodasha. Ia telah diadaptasikan kepada siri anime 26 episod dan disiarkan di TV Tokyo di Jepun di antara 6 Julai 2005 dan 28 Desember 2005. Dua novel ringan ditulis oleh Ayuna Fujisaki berdasarkan siri manga Suzuka juga telah diterbitkan. Sebuah siri berkaitan, Kimi no Iru Machi, juga disirikan di majalah Weekly Shōnen Magazine dari 2008 hingga 2014, dan sebuah sambungan bertajuk Fuuka, sedang disirikan di majalah yang sama sejak 2014.